Resepi Daging Masak Hitam Viral









Resepi Daging Masak Hitam. Selalunya bila tiba aidiladha pasti ramai terfikir-fikir resepi apa yang menarik untuk masak daging korban akan tetapi yang paling menjadi kegemaran ramai adalah resepi daging masak hitam.

Resepi Daging Masak Hitam Viral

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Jesteru itu saya kongsikan resepi yang menjadi perkongsian ramai dari facebook Puan Noor Farhana yang mendapat lebih dari 2000 perkongsian. Dipersilakan mencuba semoga menjadi.

Resepi simple jer, jangan risau. Mudah dapat, mudah sedia, sangattt sedap.

Bahan bahan Resepi Daging Masak Hitam:

-daging – anggaran 1 kg
-Rempah 4 sekawan
-Kerisik
-Santan
-Daun kari
-Gula merah
-kicap pekat
-kicap manis
-garam

Bahan kisar

-Bawang besar 3 bji
-Bawang putih 4 ulas
-Tomato 2 bji besar
-Halia 2cm
-Lengkuas 2cm
-Serai 3 batang
-Cili blend

Cara masak:

1) Tumis rempah 4 sekawan, bahan blender, cili blend(ikut kepedasan) , daun kari. Tumis kejap.

2) Lepas tu masukkan daging, kicap pekat, kicap manis, gula merah 2 sudu besar dan kerisik.
Masak sampai daging empuk dan pecah minyak

3)Bagi kuah kering sikit lepas tu masukkan pati santan. Perasakan dengan garam. Hidang panas panas makan ngan nasi putih.

Tapi yang ni ratah saja pun sedap.. Sekuali jap je habis. Jangan lupa cuba tau.

anda juga boleh melihat resepi masakan viral yang lain…

Kredit : FB Noor Farhana

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.