Cara Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP)





Cara Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP). Apakah Itu Skim Rumah Pertamaku SRP ? Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Cara Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP)

skim rumah pertamaku (SRP)

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

  • Ciri-ciri dan Faedah Utama
  • Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan) Pembiayaan sehingga 110%
  • Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau sekunder

Kriteria Kelayakan
– Pemohon Yang Layak
– Warganegara Malaysia sahaja
– Pembeli rumah pertama
– Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
– Pemohon individu atau bersama
– Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
+ Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
+ Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
– Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.

Harta Yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:

Bank Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari Laman Skim Rumah Pertamaku (SRP)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.