Doktor Kongsikan Senarai Ubat Ulser Mulut Yang Boleh Beli di Farmasi





Doktor Kongsikan Senarai Ubat Ulser Mulut Yang Boleh Beli di Farmasi. Punca dan cara merawat ulser mulut. Ulser mulut sering terjadi kepada sesetengah orang dan bila ia terjadi sangat mengganggu hari kita terutamanya waktu makan. Sakit boh..

Doktor Kongsikan Senarai Ubat Ulser Mulut Yang Boleh Beli di Farmasi



ulser mulut

Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau mata ikan ini adalah luka pada mukosa mulut. Biasanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga di permukaan lidah.

Lukanya kecil, tapi ia sangat pedih, kan?

Berikut adalah beberapa punca-punca ulser mulut yang telah dikenalpasti boleh menyebabkan ianya berlaku :

– Stress
– Dehidrasi
– Jangkitan virus
– Perubahan hormon
– Kekurangan vitamin B, C dan E.
– Penjagaan mulut yang kurang baik
– Tergigit mukosa atau luka memberus gigi
– Penggunaan gigi palsu atau pendakap gigi

Secara umumnya, tanpa rawatan, ulser mulut akan pulih sendiri dalam masa 1-2 minggu. Namun ada beberapa ubat yang boleh digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ulser mulut ini. Ubat-ubat ni boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor.

Ubat Gel
Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik(tahan sakit). Ia adalah pilihan yang amat popular di kalangan para pengguna.
Contoh ubat:
– Muco-Aid
– Oral Aid
– Bonjela
– Gingival Gel

Ubat Pes
Ubat jenis ini memberi pelindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser), dan sesetengahnya mempunyai kualiti anti-radang untuk mengurangkn sakit dan bengkak.
Contoh ubat:
– Keno
– Oralon
– Difflam Forte

Ubat Kumur
Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kehadiran ulser.
Contoh ubat:
– Oradex
– Hexidine
– Bactidol Mouthwash

Tak tahu nak pilih yang mana satu? Jangan risau, boleh tanya farmasis di farmasi tu. Mereka akan beri penerangan lanjut dan cadangan sesuai.

Selain ubat, boleh cuba juga amalkan tip-tip di bawah ni untuk mengelakkan berlaku ulser di dalam mulut:
– Minum air secukupnya (2 liter sehari)
– Urus stress dengan baik
– Tidur secukupnya
– Memberus gigi selepas makan
– Pastikan gigi palsu dalam keadaan baik dan bersih
– Hindari pendakap gigi palsu (fake braces)
– Makan sayuran/buah yang kaya dengan vitamin
– Berhenti merokok

⚠️Jika ulser ini tidak sembuh melebihi tiga(3) minggu, dapatkan pemeriksaan doktor. Ada beberapa kemungkinan lain boleh menyebabkan ia berlaku seperti masalah autoimmune, syphilis, Crohn’s disease, HIV, kanser dan lain-lain.

Kredit : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Komuniti FB Anda

Anda juga boleh lihat tips kesihatan yang lain Tips Kesihatan

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.