HATI-HATI Penularan Wabak Influenza A di SEKOLAH





HATI-HATI Penularan Wabak Influenza A di SEKOLAH. Apa itu Influenza? Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

HATI-HATI Penularan Wabak Influenza A di SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meneliti perkembangan terkini wabak influenza A di semua institusi pendidikan khususnya di sekolah-sekolah di Malaysia.

Pihak sekolah diingatkan untuk memantau murid atau warga sekolah yang dijangkiti wabak ini dan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkita, mangsa perlu diasingkan, berhubung dengan ibu bapa untuk dihantar pulang bagi mendapatkan rawatan segera di klinik ataupun hospital.

Tahukah anda, simptom2 gejala influenza kebiasaannya datang secara tiba2 jika dibandingkan dengan demam selesema.

Jika anda mempunyai simptom influenza, anda disarankan berjumpa doktor, kerana influenza boleh menyebabkan masalah kesihatan yg serius; penumonia dan sebagainya.

Gejala Jangkitan Influenza A

  • Demam selesema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit otot
  • Sakit kepala
  • Sakit sendi
  • Lesu
  • Muntah
  • Cirit-birit

Anda juga boleh Download Takwim Sekolah 2020 dan Cuti Perayaan 2020

Kredit : KKM Putrajaya

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.