LARANGAN Menjual Air Zam-zam di Malaysia





LARANGAN Menjual Air Zam-zam di Malaysia. Pada tahun 2015 dan 2017 isu penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna pernah tular di dalam media. Air zam-zam tidak boleh dijual di pasaran. Kerana dua alasan.

LARANGAN Menjual Air Zam-zam di Malaysia

Pertama: Berpegangkan kenyataan pihak Arab Saudi yang tidak pernah mengeluarkan kebenaran/ permit eksport air zam-zam.

Kedua: Air zam-zam tergolong dalam kategori air mineral dan tertakluk kepada pelesenan di bawah Peraturan2 makanan 1985 dan kebanyakan yang dieksport ke malaysia dikhuatiri adalah tiruan berdasarkan tiada kebenaran permit export dari negara Arab Saudi.

Air zam zam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi. Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia.

Sebarang pertanyaan atau aduan, sila salurkan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di:

Laman web: fsq.moh.gov.my

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.