Perubahan dan Peraturan Baru Bagi Tahun 2020





Perubahan dan Peraturan Baru Bagi Tahun 2020. Terdapat beberapa penambahbaikan dan peraturan baru yang telah dibuat oleh kerajaan menjelang tahun baru 2020 dan dikuatkuasakan pada 1 januari 2020 lepas.

Perubahan dan Peraturan Baru Bagi Tahun 2020

multi baby car seat

1) Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula. Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan

2) Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah. Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang

3) Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan. Tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS)

4) Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso. Majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

5) Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama. Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama

6) Sistem cukai petak di Kuala Lumpur. Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal

7) Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital asing. Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital

8) Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan (Tingkatan 4). Pelajar Tingkatan Empat tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka

9) Rakyat Sarawak nikmati air percuma. Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti

10) RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka. Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1

11) Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir. Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir

12) Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan. Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan

13) Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis. Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang dikuatkuasakan

14) Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai. Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras

15) Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan. Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00

16) Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta

17) Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso. Golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans mereka

18) Levi pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor. Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian dan pembuatan

19) Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor. Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.

Kredit: Astro AWANI

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.