Sinopsis Drama Camelia TV3 Diana Danielle Dan Saharul Ridzwan





Full Episod Sinopsis Drama Camelia TV3 Diana Danielle Dan Saharul Ridzwan. Nantikan Drama Camelia lakonan Diana Danielle, Saharul Ridzwan, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati dan ramai lagi di slow Samarinda Setiap Isnin hingga khamis jam 10 malam di TV3. Nantikan drama menarik 15 episod ini merupakan drama ulanagan yang ditayangkan kembali bermula 16 mac 2021. Dek kerana Covid19 dan PKP banyak pengembaraan terpaksa ditunda makanya terpaksa menayangkan drama tahun-tahun lepas.

Sinopsis Drama Camelia TV3 Diana Danielle Dan Saharul Ridzwan


Sinopsis Camelia TV3. Kisah sebuah keluarga yang porak peranda kerana perangai anak-anak yang suka meroyan. Mariam tertekan semenjak kecil kerana dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su melebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun mak ayah dan abang angkatnya, Malik berada di pihak dia. Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga buat Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki “split identiti”.

Identiti yang mahu kelihatan lebih cantik dari Marina. Identiti yang bernama Camelia. Camelia telah menguasai diri mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina. Malik yang akhirnya memjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam.

Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sejak dari kecil dapat mengalahkan Camelia.

Anda boleh lihat drama lain di Drama Lagi dan anda juga boleh tonton online di TV3 Online


1 ulasan

NARDtheNERD berkata...

cerita ni ulangan kan.. dah tengok.. :)

Dikuasakan oleh Blogger.