Anime One Punch Man Season 3





Anime One Punch Man Season 3. Pasti ramai peminat kartun anime one punch man yang ternanti-nanti bila 3rd season anime ini akan dikeluarkan selepas season 2 mendapat sambutan ramai dan telah mencapai kemuncak perlawanan dan tergantung. One Punch Man merupakan kartun anime yang berasal daripada jepun yang genre aksi, komedi dan hero.

Anime One Punch Man Season 3

one punch man

One Punch Man berkisarkan dunia yang mempunyai organisasi pahlawan (hero) yang melawan raksasa mahupun penjahat yang menyerang planet mereka. Kredit dan ranking akan diberikan kepada setiap hero yang berjaya menewaskan penjahat yang menyerang.

Terdapat seorang hero botak (tak hensem) yang mempunyai kuasa luar biasa, walaupun mempunyai ranking yang rendah beliau sentiasa menewaskan musuh dengan hanya sekali tumbuk tetapi tidak ramai yang tahu akan kehebatan dan kuasa yang beliau miliki seterusnya beliau tidak mendapat ranking yang lebih baik dengan kata lain beliau seorang yang rendah diri dan tidak mementingkan ranking.

Ramai yang tidak percaya dengan kehebatan si botak (one punch man) dan beberapa telah mencuba kuasa melawan si botak tetapi masih tidak dapat menewaskannya. Ramai yang telah menjadi rakannya kerana sifatnya yang baik.

Season 3 one punch man akan menyaksikan persatuan hero akan berentap dengan persatuan raksasa yang mula menyerang planet mereka dengan menjadikan manusia seperti mereka (raksasa) setelah makan otak raksasa.

Mampukah si botak menewaskan semua persatuan raksasa yang menyerang planet mereka. Sama-sama nantikan season 3

bagi mereka yang ingin menonton anda boleh lihat One Punch Man Season 1 dan One Punch Man Season 2

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.