Rakyat Malaysia Dari Wuhan Dibawa Pulang Hari Ini





Rakyat Malaysia Dari Wuhan Dibawa Pulang Hari Ini. Seramai 132 orang, yang terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warganegara yang merupakan pasangan serta anak-anak mereka, akan dibawa pulang dengan penerbangan khas dari Wuhan, China, esok, berikutan penularan novel koronavirus 2019 di negara itu.

Rakyat Malaysia Dari Wuhan Dibawa Pulang Hari Ini

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tertakluk kepada kelulusan kerajaan China, mereka yang akan dibawa pulang hanyalah yang didapati sihat untuk menaiki pesawat selepas menjalani tapisan kesihatan yang ditetapkan oleh Kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

“Misi ini akan disertai lapan orang iaitu enam pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan seorang pegawai Kementerian Luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pesawat AirAsia dengan 12 krew akan digunakan bagi misi membawa pulang rakyat Malaysia dan keluarga mereka itu.

“AirAsia menetapkan tarikh penerbangan pada 3 Feb 2020 tertakluk kepada kelulusan kerajaan China. Penerbangan ini juga akan membawa bantuan keperluan seperti ‘mask’ (topeng hidung dan mulut), sarung tangan dan makanan, yang tertakluk kepada senarai yang dipersetujui oleh pihak Kerajaan China,” katanya.

Kredit : BERNAMA

semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga semuanya sihat-sihat sejahtera.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.