Sinopsis Drama Budak Tebing





Sinopsis Drama Budak Tebing. Full Episod. Drama terbaru slot lestary TV3 Budak Tebing yang dibintangi oleh Adam Lee, Eyka Farhana, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Syazwan Zulkifly, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, dan juga Zarina Zainuddin akan bersiaran bermula 11 Mac 2020 Setiap Rabu sehingga jumaat jam 9 malam di TV3.

Sinopsis Drama Budak Tebing

drama budak tebing

Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd, arahan Feroz Kader ini menekankan nilai-nilai persahabatan, persaudaraan, kekeluargaan dan percintaan dalam kehidupan seharian ‘budak tebing’. 

Drama ‘Budak Tebing’, mengisahkan tentang Arif yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida, manakala adiknya Yoyol, menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’.

Namun semuanya hanya tinggal kenangan disebabkan peristiwa hitam yang telah berlaku di tebing itu. Kini, Aida membenci Arif yang dianggap telah menconteng arang di mukanya. Arif mencuba sedaya upaya untuk menebus balik kesilapan lalu tetapi usaha Arif sia-sia. ‘Budak Tebing’ turut menggambarkan kehidupan perit yang terpaksa dilalui oleh Munira (Ira) yang dilahirkan tanpa mengetahui identiti bapa sendiri kerana ibunya bekerja sebagai pelacur.

Ira yang baru mengenali ahli di dalam geng ‘budak tebing’ mula merasakan kehidupan yang lebih baik bersama rakan-rakan dan keluarga angkat yang ikhlas menerimanya. Tanpa geng ‘budak tebing’ ketahui, Ira sebenarnya menyimpan rahsia besar melibatkan Arif, Tongki dan Yoyol. Dapatkah mereka menerima kenyataan perit yang terbuku selama ini? Atau adakah hubungan ‘budak tebing’ akan retak kerana kesilapan lampau? Saksikan drama ini untuk mendalami lagi kisah ‘budak tebing’ ini !

Tonton Online Drama Budak Tebing

Tonton Full Episod Drama Budak Tebing

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.