Kedai Gunting Rambut Dan Dobi Antara Yang Dibenarkan Beroperasi





Kedai Gunting Rambut Dan Dobi Antara Yang Dibenarkan Beroperasi. Kerajaan sentiasa mengambil tanggungjawab dalam usaha menangani penularan wabak COVID-19 demi menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat. Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan 15 April sehingga 28 April 2020.

Kedai Gunting Rambut Dan Dobi Antara Yang Dibenarkan Beroperasi

Kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah dalam mengimbangi kelangsungan ekonomi negara dan kebersanan Perintah Kawalan Pergerakan dengan membenarkan sektor-sektor ekonomi yang kritikal termasuk sektor perubatan dan keperluan asas untuk beroperasi semenjak 18 mac 2020 tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh KKM.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan sesi libat urus bersama persatuan industri, Perusahaan kecik dan Sederhana (PKS), serta Kementerian dan agensi lain yang berkaitan, termasuk KKM dan Majlis Keselamatan Negara bagi mengenalpasti dan memperhalusi sektor-sektor ekonomi tambahan yang boleh dibenarkan beroperasi.

MITI telah memperhalusi sektor-sekttor tambahan yang dibenarkan beroperasi berdasarkan pertimbangan yang berikut :

  1. Tahap kepentingannya di dalam rantaian bekalan global dan ekosport negara. Langkah ini adalah untuk menjamin kestabilan aktiviti eksport.
  2. Aktiviti ekonomi sektor yang mempunyai gandaan nilai tambah yang tinggi.
  3. Impak ke atas kelangsungan PKS dalam sektor ekonomi khususnya pembuatan dan perkhidmatan.
  4. Jumlah tenaga kerja yang terlibat.
PKP Covid-19
PKP Covid-19

Anda boleh baca text sepenuhnya dibawah ini.

SIARAN MEDIA : KEBENARAN BEROPERASI DIBERIKAN MEPADA SEKTOR TAMBAHAN BAGI MELINDUNGI EKONOMI NEGARA PASCA COVID19

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.