Tiada Bazar Ramadhan Untuk Tahun 2020





Tiada Bazar Ramadhan Untuk Tahun 2020. Sebelum ini satu per satu negeri Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan beberapa lagi negeri telah mengumumkan untuk tidak membenarkan bazar ramadhan di negeri mereka.

Tiada Bazar Ramadhan Untuk Tahun 2020

bazar ramadhan
kredit : libur.com.my

Tapi pada hari ini 13 April, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa keputusan Perdana Menteri bahawa semua bentuk bazar ramadhan tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

Turut sama diumumkan keputusan PM telah buat keputusan operasi kedai gunting rambut/salun kecantikan dan kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP

dan Semua pelajar IPT yang berada di kolej dan kediaman mereka diminta untuk kekal berada di tempat masing masing sepanjang tempoh PKP: Ismail Sabri-Menteri Kanan

Teruskan duduk rumah dan patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03-88882010.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.