Sinopsis Drama Pergilah Air Mata TV1





Sinopsis Drama Pergilah Air Mata TV1. Full Episod. Drama Pergilah Air Mata dilakonkan oleh Kamal Adli, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Izreen Azminda, Mustapa Kamal dan Nadia Mustafar, Setiap hari isnin sehingga rabu pukul 7.00 malam di Tv1

Sinopsis Drama Pergilah Air Mata TV1



Drama bersiri ini merupakan drama lama yang adaptasi daripada novel karya Hanni Ramsul bertajuk “Pergilah Air Mata”

Sinopsis Pergilah Air Mata. Kisahnya bermula dengan watak utama Sabrina (Nelydia Senrose), seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli).

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina.



Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?

Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun akhirnya menjadi seorang yang penyayang kepada isteri-isterinya.

Full Episod Pergilah Air Mata

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.