HANYA Tinggal 408 Kes Aktif Covid19 Berjayakah Malaysia ?





HANYA Tinggal 408 Kes Aktif Covid19 Berjayakah Malaysia ?. Setakat 18 jun 2020 Malaysia mencatatkan 14 kes terbaru dengan 3 kes import dan 11 kes tempatan. Kes sembuh mencatatkan sebanyak 127 kes menjadikan kes aktif covid19 di Malaysia tinggal 408 kes SAHAJA daripada 8,529 kes yang dicatatkan.

HANYA Tinggal 408 Kes Aktif Covid19 Berjayakah Malaysia ?

kes covid19

Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes kematian Jumlah kekal 121 kematian dengan kadar 1.42%. Kes jangkitan dalam negara (7 kes) di kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:


• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – dua (2) kes:
– satu (1) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8455 dan kes ke-8508). Mereka adalah rakan serumah;
– satu (1) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8498). Mereka adalah rakan serumah;
• Selangor: satu (1) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8368). Kes baru ini merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8368;
• Sarawak: dua (2) kes saringan di tempat kerja sektor pembinaan;
• Sabah: satu (1) kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap di Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang;
• Perak: satu (1) kes saringan sebelum memohon pulang ke negara asal beliau.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (4 kes) pula adalah seperti berikut:
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: dua (2) kes Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil. Mereka merupakan kakitangan bertugas di sana;
• Sarawak – dua (2) kes:
– satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching;
– satu (1) kes saringan untuk ke luar negara atas urusan penting.

dengan pengurangan kes beberapa hari ini dan peningkatan kes sembuh min berharap kita dapat kekalkan ikut SOP bagi menjamin covid19 terus hilang dari bumi Malaysia. Berdasarkan anggaran ini dirasakan menjelang julai kes aktif di Malaysia akan berkurang sehingga bawah 100 kes aktif. Insyallah.

Kita BOLEH. Malaysia BOLEH

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.