Sinopsis Drama Cetera Hati Diya Fattah Amin dan Azar Azmi





Sinopsis Drama Cetera Hati Diya Fattah Amin dan Azar Azmi. Full Episod. Saksikan drama bersiri Cetera Hati Diya yang akan menghiasi slot Akasia di TV3 sebanyak 15 episod. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah fattah amin, Azar Azmi, Azrel Ismail, Melanie Tan, Asha Zainul, Faye Kusairi, Zila Bakarin, Mak Wan Latah. Drama ini ditayangkan setiap hari isnin sehingga jumaat jam 7 malam di TV3.

Sinopsis Drama Cetera Hati Diya Fattah Amin dan Azar Azmi



Sinopsis Cetera Hati Diya. Mengisahkan Adelia Dayana (Diya) telah lama menutup hatinya untuk cinta dan memang tidak mempercayai mana-mana lelaki. Ini disebabkan oleh peristiwa hitam yang dilaluinya apabila dia telah diperkosa oleh Zakuan, rakan sekerjanya. Malah, dia juga telah dibuang daripada keluarga setelah mereka mengetahui dia sebenarnya mengandung apabila dikejarkan ke hospital akibat terjatuh dari tangga lalu keguguran. Zakuan pula tidak mahu bertanggungjawab.

Dalam mengelak untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, Zahil Hariz hadir menguji prinsip diri Diya. Zahil cuba memenangi hati Diya walaupun Diya menunjukkan sikap dingin. Zahil menemui keluarga Diya dan menyunting Diya untuk dijadikan isteri. Zahil turut menjelaskan kejadian hitam yang menimpa Diya dan ingin bertanggugjawab diatas kesalahan Zakuan, adik tirinya. Ibu bapa menerima Diya kembali dan Diya terpaksa menerima pinangan Zahil.



Mereka berkahwin namun Diya masih bersikap dingin dengan Zahil dan Zahil terus cuba mencuri hati isterinya. Langit tidak selalu cerah, Zahil disahkan mengidap Leukimia, pada masa yang sama Diya pula disahkan mengandung.

Full Episod Cetera Hati Diya

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.