KKM Umumkan 1 Kluster Baru Dikesan Di Melaka





KKM Umumkan 1 Kluster Baru Dikesan Di Melaka. KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu telah dikesan di Melaka. Kluster ini telah dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat kepada kes kedua bagi kluster ini.

KKM Umumkan 1 Kluster Baru Dikesan Di Melaka

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Kes pertama kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia (iaitu kes ke-8673) yang telah pulang ke Malaysia dari negara Rusia pada 5 Julai 2020. Keputusan saringan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa didapati positif dan beliau kemudiannya dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Kes kedua kluster ini iaitu kes ke-8718 merupakan rakan kepada kes ke8673. Mereka telah menaiki pesawat yang sama, juga pada 5 Julai 2020. Keputusan saringan COVID-19 bagi kes ke-8718 di Pintu Masuk Antarabangsa didapati negatif, namun beliau mula mengalami gejala demam dan gejala saluran pernafasan pada 7 Julai 2020.

Saringan ulangan didapati positif COVID-19. Sehingga 13 Julai 2020, terdapat tiga (3) kes positif dan 14 orang kontak rapat telah dikenalpasti dalam kluster ini. Semua 14 orang kontak rapat telah disaring dan dikesan negatif COVID-19. Siasatan dan akitiviti pengesanan kontak rapat secara aktif adalah diteruskan.

Seperti yang maklumkan di atas, terdapat penularan jangkitan COVID-19 kepada seorang ahli keluarga daripada kes yang mendapat jangkitan dari luar negara (iaitu kes ke-8718).

Ketibaan beliau di Malaysia pada 6 Julai 2020 telah disambut oleh ahli keluarga beliau. Seramai empat (4) orang ahli keluarga telah datang bersama-sama dengan menaiki kereta sendiri untuk menjemput beliau di pintu masuk antarabangsa.

Hasil siasatan mendapati bapa kepada kes tersebut (iaitu kes ke8724) turut dikesan positif COVID-19 selepas beliau mula mengalami gejala demam. Ini menjadikan beliau kes ketiga Kluster PUI Novgorod.

kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.