Hari Jumaat Hari Jawi Bermula 10 Julai- Dr Zulkifli





Hari Jumaat Hari Jawi Bermula 10 Julai- Dr Zulkifli. Ini sebagai usaha mengekalkan dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga ke hari ini. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menguar-uarkan Kempen ” Hari Jumaat Hari Jawi ” bermula 10 julai 2020 bersamaan 19 zulkaedah 1441H, Usul ini telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 julai 2020 (Rabu) dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli-ahli jemaah menteri.

Hari Jumaat Hari Jawi Bermula 10 Julai- Dr Zulkifli

datuk dr zulkifli mohamad al-bakri

Tulisan Jawi menjadi bahasa perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdangan dan urusan seharian masyarakat sejak dahulu. Tulisan jawi turut diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 * Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi bagi bahasa kebangsaan.

Bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi. Disamping itu, penggunaan tulisan Jawi di media sosial juga diperluaskan kepada setiap media sosial rasmi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Saya ingin menyeru seluruh Kementerian, Jabatan, di peringkat Persekutuan dan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini.

Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
10 Julai 2020

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.