Daftar MySejahtera Untuk Terima Kredit RM50 e-Dompet Julai Ini









Daftar MySejahtera Untuk Terima Kredit RM50 e-Dompet Julai Ini. Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Pertahanan, salah satu kriteria untuk mendapat RM50 adalah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera.

Daftar MySejahtera Untuk Terima Kredit RM50 e-Dompet Julai Ini

Aplikasi MySejahtera

Pengumuman proses penerimaan RM50 akan dilakukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia tidak lama lagi. Oleh itu, ayuh semua pengguna kemaskini maklumat untuk proses verifikasi kelak.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengemaskini maklumat nama dan no. IC anda di aplikasi MySejahtera.

Langkah 1: Tekan butang ‘Profil’
Langkah 2: Tekan butang ‘Aturan’
Langkah 3: Tekan butang ‘Butiran Peribadi’
Langkah 4: Kemas kini maklumat anda dan tekan butang ‘Simpan’

Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi MySejahtera, sila layari laman web rasmi MySejahtera di:

https://mysejahtera.malaysia.gov.my

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  •  Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19.
  •  Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  •  Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  •  Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.