2 Hari 0 Kes Tempatan Tinggal 63 Kes Aktif Di Malaysia





2 Hari 0 Kes Tempatan Tinggal 63 Kes Aktif Di Malaysia. Hari ini adalah hari Ke-2 TIADA KES JANGKITAN TEMPATAN. 6 kes baharu hari ini hanya melibatkan kes import. Kes baharu hari ini melibatkan 5 kes warganegara dan 1 kes bukan warganegara.

2 Hari 0 Kes Tempatan Tinggal 63 Kes Aktif Di Malaysia

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Daripada 8,683 kes positif covid-19 di Malaysia tinggal 8,499 kes disahkan sembuh dan dibenarkan keluar wad hanya tinggal 63 kes sahaja yang masih aktif di Malaysia.

𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 #𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃𝟏𝟗𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐭𝐚𝐤𝐚𝐭 𝟎𝟗 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟎
1. 13 pesakit telah sembuh dan discaj hari ini menjadikan kadar kesembuhan sebanyak 97.88%
2. 6 kes baharu yang hanya melibatkan kes import, 1 kes permastautin tetap dan 5 kes warganegara.
3. 63 kes aktif atau yang masih dirawat
4. Tiada kematian baharu dilaporkan hari ini. Jumlah kekal 121 kematian. (1.39%)

PERINCIAN KES BAHARU HARI INI (6 KES)

SELANGOR – 4 KES
• 3 kes sekeluarga pulang dari Indonesia dan kes tidak bergejala. 1 kes merupakan permastautin tetap dan 2 kes adalah warganegara. Kesemua pesakit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
• 1 kes warganegara pulang dari Mesir dan tidak bergejala. Pesakit dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

JOHOR – 2 KES
• 2 kes warganegara balik dari Singapura dan tidak bergejala. Pesakit kini dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom,Kluang.

kartun happy

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.