13 Ogos Hari Kidal Sedunia





13 Ogos Hari Kidal Sedunia. International Left Handers Day atau Hari Kidal Sedunia mula disambut bermula 13 Ogos 1976 oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa yang disaksikan oleh Dean R. Campbell, pengasas Lefthanders International.

13 Ogos Hari Kidal Sedunia



Sedar tidak sedar ramai diantara rakan-rakan kita seorang kidal tapi tidak kita sedari dan mereka lebih dikatakan pemalu dan kurang menonjol berbanding rakan yang lain.

Hari Tangan Kiri Antarabangsa dicipta bagi meraikan ketidakadilan dan meningkatkan kesedaran tentang kelebihan dan kekurangan menjadi kidal di dunia yang kebanyakannya tangan kanan. Ia meraikan keunikan dan perbezaan orang kidal, subkumpulan manusia yang terdiri daripada tujuh hingga sepuluh peratus populasi dunia.

Mereka yang bertangan kidal kitakan lebih kreatif dan lebih pintar berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan. Lelaki lebih cenderung kidal daripada wanita.

  • Orang kidal ni kebiasaannya mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah di sebelah kanan.
  • Otak orang kidal bekerja lebih cepat semasa bersukan atau bermain game komputer
  • Orang kidal lebih cepat marah. Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, salah satu akibatnya adalah sering bad mood.
  • Untungnya, orang kidal kini terbukti jauh lebih cerdas daripada yang bertangan kanan! Orang-orang yang memiliki IQ lebih dari 140 lebih banyak yang bertangan kiri, menurut sebuah kejian dari St. Lawrence University.

kredit : Wikipedia , HelloSehat

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.