Ketahui 5 Jenis Perceraian Dalam Islam





Ketahui 5 Jenis Perceraian Dalam Islam. Apa itu Perceraian ?. Terdapat beberapa jenis cerai yang ada dalam islam antaranya adalah Cerai Talak, Cerai Taklik, Cerai Khulu’, Cerai Fasakh, Cerai Lian. Perceraian ialah perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri). Perceraian bermaksud menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi. Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab.

Ketahui 5 Jenis Perceraian Dalam Islam



Perceraian melibatkan kerosakan hubungan silaturahim antara dua keluarga, anak-anak, mahkamah dan masyarakat. Ia bukan sesuatu yang manis. Tetapi sangat pahit dan perit bagi mereka yang melaluinya. Perceraian yang biasa kita dengar atau yang diamalkan oleh orang Malaysia ialah cerai melalui lafaz talak yang hanya boleh dibuat oleh suami. Talak adalah hak suami kerana hanya suami yang boleh melafazkannya.
(rujuk surah al-Baqarah ayat 229, surah al-Talaq ayat 1 dan surah an-Nisaa ayat 19).

Namun Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: “Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.

Daripada ayat al-Quran dan hadis di atas jelas bahawa perceraian adalah diharuskan namun ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT. Jika seorang suami melafaz talak kepada isterinya, perbuatan itu tidak berdosa namun ia dibenci Allah.Bagi isteri pula, jika ia memohon cerai tanpa sebab, apatah lagi jika ia melakukan perkara-perkara yang menyebabkan suami terpaksa menceraikannya, maka wanita tersebut tidak akan masuk syurga.

Perceraian adalah jalan terakhir jika semua usaha memulihkan perkahwinan gagal. Ini kerana perceraian memberi kesan buruk bukan saja kepada pasangan suami isteri tetapi kepada anak-anak, keluarga terdekat dan masyarakat. Dahulu di Malaysia, secara lazimnya, pasangan suami isteri yang bergaduh akan melafaz talak atau mentalakkan isterinya. Jika isteri yang ke Mahkamah Syariah, isteri akan memohon fasakh.

JENIS-JENIS PERCERAIAN

Dalam Undang-undang Keluarga Islam jenis-jenis perceraian dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu;

  1. Cerai Talak
  • Perceraian secara talak berlaku apabila kedua-dua pihak suami dan isteri bersetuju untuk bercerai secara baik, atau suami membuat keputusan untuk menceraikan isteri dengan lafaz talak.
  1. Cerai Taklik
  • Taklik didefinassikan mengikut undang-undang keluarga islam sebagai lafaz perjjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah. Perceraian secara taklik berlaku apabila ssuami melanggar taklil yang dibuat olehnya semasa upacara akad nikah.
  1. Cerai Khulu’
  • Perceraian secara Khulu’ merupakan salah satu alternatif perceraian yang boleh berlaku dengan penawaran oleh pihak isteri untuk bercerai dengan suaminya dengan menawarkan sejumlah wang atau harta sebagai pampasan.
  1. Cerai Fasakh
  • Fasakh merupakan pembubaran perkahwinan melalui kuasa yang diberikan kepada hakim. Hakim boleh memutuskan untuk memfasakh perkahwinan dengan alasan yang termaktub dalam akta/enakmen berdasarkan kepada pembuktian yang dikemukakan semasa perbicaraan.
  1. Cerai Lian
  • Perceraian secara li’an berlaku apabila suami menafikan anak yang dilahirkan oleh isterinya atau anak dalam kandungan isterinya sebagai anaknya, atau menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain tetapi tidak dapat membuktikan memlalui penyaksian empat orang saksi.

Apakah Hak-Hak Suami Isteri Selepas Penceraian?
Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah selepas sesuatu penceraian berlaku ialah :

a) Nafkah eddah
b) Mut’ah
c) Harta Sepencarian
d) Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
e) Nafkah Anak
f) Tunggakkan Nafkah
g) Hak tempat Tinggal

Lihat selanjutnya di : Ketahui Apakah Hak-Hak Wanita Selepas Diceraikan Suami

kredit : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia – JKSM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.