375 Kes 5 Kematian dan 5 Kluster Baru





375 Kes 5 Kematian dan 5 Kluster Baru. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 18 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,519 kes (73.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

375 Kes 5 Kematian dan 5 Kluster Baru

DG Dr Noor Hisham Abdullah

375 kes baharu telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,368 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,703 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. 4 daripada 375 kes baru merupakan kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara.

Sebanyak 5 kematian baharu dilaporkan hari ini dan semuanya di Sabah. 4 daripada 5 kematian ini mempunyai sejarah penyakit kronik. Ini menjadikan jumlah kematian 146 kes bersamaan 1.02% dan terdapat 5 kluster baru dicatatkan.

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝟱 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

𝟭) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗛 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗜, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Tuaran, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11569) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 325 individu telah
disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• 23 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 302 individu masih menunggu keputusan.

𝟮) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔, 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12868) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan 8 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 13 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• 9 kes dikesan positif COVID-19;
• 1 individu negatif; dan
• 3 individu masih menunggu keputusan.

𝟯) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜, 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke14265 dan kes ke-14266) telah dikesan positif COVID-19 pada 8 Oktober 2020 hasil saringan bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan 6 lagi kes positif COVID-19. Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• 8 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 7 individu masih menunggu keputusan.

𝟰) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗔𝗥𝗡𝗔𝗕, 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Kuching, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13488) dikenal pasti positif COVID19 pada 7 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan 3 lagi kes positif COVID19.
Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 20 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• 4 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 16 individu negatif.

𝟱) 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧, 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12377) telah dikesan positif COVID19 pada 3 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Saringan kontak rapat telah mengesan 8 lagi kes positif COVID-19. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Labuan untuk rawatan.
Sehingga 8 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 45 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
• 9 kes dikesan positif COVID-19;
• 32 individu negatif; dan
• 4 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan bagi semua kluster baharu masih dalam siasatan.

PECAHAN KES BAHARU (375)

SABAH-271
6 Kluster Ramai-Ramai
5 Kluster Laut
3 Kluster Benteng LD
3 Kluster Tujuh Serangkai (kluster baharu)
2 Kluster Tanamera (kluster baharu)
252 kes dari pelbagai saringan lain COVID-19

SELANGOR-36
12 Kluster Jalan Meru
4 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
20 kes dari pelbagai saringan lain COVID-19

KL-12
8 Kluster Jalan Pantai (kluster baharu)
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 import BWN tiba dari Belgium

LABUAN-10
8 Kluster Bah Bangat (kluster baharu)
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

SARAWAK-8
3 Kluster Bah Arnah (kluster baharu)
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 kes saringan lain bagi COVID-19
2 import BWN tiba dari India

JOHOR-5
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 saringan lain bagi COVID-19

PERAK-5
2 Kluster Bah Puchong
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan COVID-19 lain

TERENGGANU-5
1 saringan pulang dari kawasan berisikot tinggi
4 saringan COVID-19 lain
N.SEMBILAN-2
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

PUTRAJAYA-2
1 Kluster Selasih
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

MELAKA-1
1 saringan lain bagi COVID-19

P.PINANG-1
1 Kluster Penjara Reman

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.