Apa Perlu Buat Selepas Cabut Gigi





Apa Perlu Buat Selepas Cabut Gigi. Selain muka, gigi antara daya penarik bagi sesetengah orang apabila melihat kita oleh itu kebersihan gigi perlu dititikberat penjagaannya. Gigi yang cantik mampu untuk memberikan senyuman yang menarik dan manis untuk tontonan ramai.

Apa Perlu Buat Selepas Cabut Gigi

kredit : Shutterstock

Antara sebab mengapa gigi perlu dicabut adalah kerana gigi tidak lagi disokong oleh tulang disebabkan penyakit gusi, jangkitan pada saraf gigi, gigi terimpak dan pelbagai lagi.

Apa yang perlu anda lakukan selepas gigi dicabut ?

  1. Gigit kapas dengan kuat selama 20-30 minit.
  2. Gantikan kapas yang telah dibasahi darah dengan kapas yang baru serta gigit kuat sehingga darah berhenti.
  3. Jangan tunduk.
  4. Jangan meludah atau berkumur-kumur dan jangan menghembus melalui hidung.
  5. Kebiasaannya air liur anda kelihatan bercampur dengan darah dalam masa 24 jam yang pertama.
  6. Anda dinasihatkan untuk tidak merokok sekurang-kurangnya selama 48 jam, minum minuman keras dan melakukan sebarang senaman fizikal.

Bengkak
– Jika bengkak dalam masa 24jam pertama letakkan pek ais ke atas bahagian pipi yang bengkak selama 10minit dan ulangi proses ini seberapa kerap yang boleh.
– Selepas 24jam, boleh letakkan tuala suam dikawasan bengkak tersebut untuk mengurangkan bengkak.
– Pembengkakan biasanya mencecah tahap maksimum dalam masa 48-72 jam selepas pembedahan.

Elakkan minum air dengan straw dan makanlah makanan yang sejuk dan lembut sehingga pesakit berasa selesa.

Sumber : Klinik Bedah Mulut SCACC HKL

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.