Hukum Penggunaan Vaksin Covid19 Dalam Islam





Hukum Penggunaan Vaksin Covid19 Dalam Islam. Majlis Raja-Raja Terima Sembah Maklum Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19, Dipersetujui Para Mufti di Malaysia dan Badan Berautoriti Fatwa Sedunia. Kerajaan Malaysia seperti yang ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 13 Disember 2020, berusaha untuk meningkatkan pembelian vaksin Covid-19 agar boleh menampung keperluan imunisasi sehingga 70 peratus rakya. YAB Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa vaksin COVID-19 akan diberikan secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia.

Hukum Penggunaan Vaksin Covid19 Dalam Islam



Selaras dengan pendirian kerajaan, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020, telah mengambil ketetapan bahawa Hukum Penggunaan Vaksin Covid-19 adalah HARUS dan ianya WAJIB diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. Ketetapam ini juga telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak. Ini terbukti, kaedah pencegahan melalui vaksinasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia daripada tahun 1988 sehingga 2013, iaitu

  1. Pelalian Rubela (Imuninasi Rubela) – 1988
  2. Imunisasi Hepatatis B – 1988
  3. Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus, dan Polio – 1989
  4. Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis -2002/2014
  5. Vaksin Human Papilloma Virus HPV – 2010
  6. Vaksin Meningitis Menveo – 2013

Diperingkat antarabangsa, Insitusi-institusi fatwa dunia telah menfatwakan keharusan penggunaan vaksin. Antaranya adalah institusi terkemuka al-azhar al-sharif menerusi Hai’ah Kibar Ulama Al-Azhar dan Majma’ Al-Buhuth al-Islamiyyah yang dipengerusikan Syeikh al-Azhar Syeikh Dr. Ahmad al-Tayyib. Majlis Fatwa kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang dipengerusikan oleh Syeikh Abdullah Ben Bayyah dan Majma’ Fuqaha’ Al-Shari’ah, Amerika yang diangotai oleh Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaily. Hal ini saya akan perjelaskan lagi dalam Majalah al-Bayan siri ke-7 terbitan Jabatan Perdana Menteri sedikit masa lagi.

Kenyataan Penuh Boleh Lihat dibawah

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.