Aduan Majikan Tidak Carum KWSP





Aduan Majikan Tidak Carum KWSP. Majikan diwajibkan untuk membuat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991. Jika anda gagal berbuat demikian anda tertakluk kepada penalti yang disenaraikan di bawah.

Aduan Majikan Tidak Carum KWSP



Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja anda, di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Anda perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP

Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga. Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991

Apakah maksud 'Pekerja Yang Diwajibkan Mencarum'?
- Pekerja Tetap
- Pekerja Kontrak
- Pekerja Sambilan
- Pekerja Sementara
- Pekerja dalam tempoh Percubaan
- Pengarah Syarikat yang menerima gaji atau upah
- Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Hilang Upaya dan bekerja semula dalam mana-mana pekerjaan
- Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55 tahun dan belum mencapai 75 tahun dan bekerja dalam mana-mana pekerjaan
- Telah diberi taraf berpencen dan bekerja dengan majikan selain Kerajaan Persekutuan, Negeri atau pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan
- Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Pekerja berpencen dan bekerja semula selepas umur persaraan.

Sekiranya Anda Ingin Membuat Aduan Caruman KWSP
Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat aduan:
i. Borang Aduan (KWSP 1879): http://bit.ly/KWSPBorangAduan 
ii. Salinan Kontrak Perkhidmatan / Surat Perlantikan
iii. Salinan Slip Gaji / Baucar Bagi Tempoh Aduan
iv. Lain-Lain Dokumen Yang Menunjukkan Hubungan Majikan & Pekerja.

untuk maklumat lanjut boleh lihat di laman KWSP



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.