Ketahui Apa Kesan Sampingan Vaksin Covid-19





Ketahui Apa Kesan Sampingan Vaksin Covid-19. Apakah COVID-19 ? Penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) adalah disebabkan jangkitan varian koronavirus yang dikenali sebagai SARS-CoV-2. Virus ini boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan yang mungkin menyebabkan gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Ketahui Apa Kesan Sampingan Vaksin Covid-19


Apakah itu vaksin COVID-19 ? Vaksin COVID-19 merangsang sistem imun supaya jika kita terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2, tubuh badan boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19. Pelbagai platform seperti jujukan genetik RNA, viral vektor, virus nyahaktif dan sub-unit protein telah digunakan untuk menyediakan vaksin koronavirus yang selamat dan berkesan. Ia memberikan anda perlindungan terbaik terhadap COVID-19.

Siapa yang boleh mendapat vaksin COVID-19?

Semua individu yang berusia 18 tahun ke atas.

Namun begitu, beberapa kumpulan masyarakat memerlukan pertimbangan lanjut bagi penerimaan vaksinasi ini iaitu:

- Individu dengan alahan teruk

- Individu hamil dan ibu menyusu

- Individu yang positif COVID-19

- Individu yang mempunyai masalah sistem imun

Buat masa ini, kebanyakan percubaan klinikal yang dijalankan adalah kepada sukarelawan berumur 18 tahun ke atas. Beberapa syarikat vaksin akan melaksanakan percubaan klinikal terhadap kanak-kanak. Justeru, kerajaan akan mempertimbang penggunaan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak apabila terdapat data saintifik yang membuktikan keberkesanan dan keselamatannnya kepada golongan ini.

Maklumat yang anda perlu tahu sebelum menerima vaksin.

Maklumkan kepada doktor atau jururawat sebelum anda diberi vaksin jika anda adalah:

Individu dengan alahan teruk

Individu hamil dan ibu menyusu

Individu yang positif COVID-19

Individu yang mempunyai masalah sistem imun

Apakah kesan sampingan vaksin COVID-19?

Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah:

- sakit/bengkak/kemerahan di tempat suntikan

- penat

- sakit kepala

- menggigil

- sakit sendi

- demam

- loya

- rasa tidak sihat

- bengkak kelenjar limfa

- kesan sampingan yang mungkin dilapor dari semasa ke semasa

Pemantauan kesan sampingan / Kesan Sampingan Susulan Imunisasi (AEFI) akan dijalankan secara enhanced surveillance di mana penerima vaksin akan diberi notifikasi / peringatan berjadual melalui aplikasi MySejahtera untuk melaporkan sebarang AEFI yang dialami. Pelaporan AEFI juga boleh dibuat oleh petugas kesihatan melalui sistem sedia ada.

Penyiasatan bagi AEFI yang serius akan dijalankan dengan teliti, di mana satu jawatankuasa pakar khas ditubuhkan bagi menilai kes-kes AEFI dan isu keselamatan berkaitan vaksin COVID-19.

Adakah vaksin COVID-19 ini selamat dan berkesan?

Ya, semua vaksin COVID-19 yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk digunakan di Malaysia adalah selamat dan berkesan.

NPRA merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menilai vaksin-vaksin yang hendak didaftarkan di Malaysia. Setakat ini vaksin COVID-19 untuk Malaysia diberikan kelulusan bersyarat berdasarkan pematuhan piawaian ketat melalui penilaian data-data saintifik, klinikal dan teknikal. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) akan meluluskan penggunaan vaksin tersebut untuk Malaysia berdasarkan hasil penilaian 

kredit : https://www.vaksincovid.gov.my/

anda juga boleh rujuk : http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/faq/faq-vaksin-covid-19-pfizer-comirnaty


1 ulasan

NARDtheNERD berkata...

takut tapi harap xde apa apa la

Dikuasakan oleh Blogger.