Jenis Vaksin Covid19 Di Malaysia





Jenis Vaksin Covid19 Di Malaysia. Kepentingan mengambil vaksin. Bakteria dan virus penyebab sesuatu wabak sukar untuk merebak sekiranya sebahagian besar masyarakat dilindungi dengan vaksin. Inilah yang dinamakan imuniti berkelompok, dimana ia hanya boleh dicapat dengan liputan imuninasi yang tinggi. Imunisasi melindungi individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Jenis Vaksin Covid19 Di Malaysia


APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM VAKSIN COVID-19 PFIZER-
BIONTECH?
Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech adalah jenis mRNA di mana bahan utama adalah mRNA, 
lipid, gula, garam.
Perincian kandungan vaksin adalah seperti berikut: mRNA, lipids ((4-
hydroxybutyl)azanediyl)bis(hexane-6,1-diyl)bis(2-hexyldecanoate), 2 [(polyethylene glycol)-
2000]-N,N-ditetradecylacetamide, 1,2-Distearoyl-sn-glycero-3-phosphocholine, and 
cholesterol), potassium chloride, monobasic potassium phosphate, sodium chloride, dibasic 
sodium phosphate dihydrate, and sucrose..

APAKAH YANG PERLU SAYA MAKLUMKAN KEPADA PETUGAS KESIHATAN SEBELUM 
MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Maklumkan kepada petugas kesihatan sekiranya anda: 
• mempunyai sejarah alahan yang teruk;
• mengalami masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia, 
Idiopathic Trombhocytopenic Purpura (ITP) dan sebagainya;
• sedang dalam rawatan ubatan pencair darah;
• sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan;
• sedang mengandung atau merancang untuk hamil;
• sedang menyusukan bayi; atau
• telah menerima vaksin COVID-19 daripada jenama yang lain

BAGAIMANA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH DIBERIKAN?
Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech akan diberikan secara suntikan ke dalam otot seperti di 
otot bahu. Anda akan menerima sebanyak dua (2) dos vaksin dalam selang masa tiga (3) 
minggu (21 hari). Anda hendaklah menerima kedua-dua dos bagi memastikan perlindungan 
optima. Bagaimanapun, vaksin ini tidak memberi jaminan untuk melindungi semua orang 
daripada jangkitan COVID-19.

APAKAH KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Vaksin ini adalah selamat dan kesan sampingan yang telah dilaporkan adalah ringan dan 
bersifat sementara. Kesan sampingan ringan yang kerap dilaporkan adalah seperti berikut:
• sakit di tempat suntikan;
• penat (tiredness);
• sakit kepala;
• sakit otot;
• menggigil;
• sakit sendi;
• demam;
• pembengkakan di tempat suntikan;
• kemerahan di tempat suntikan;
• loya;
• merasa tidak sihat;
• pembengkakan kelenjar limfa; dan
• kesan-kesan sampingan yang mungkin akan dilaporkan dari semasa ke 
semasa 

Walaupun sangat jarang berlaku, ada kemungkinan Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh 
menyebabkan reaksi alahan yang teruk. Gejala alahan yang teruk biasanya berlaku dalam 
tempoh beberapa minit hingga satu jam setelah menerima Vaksin COVID-19 Pfizer-
BioNTech. 

ADAKAH VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH SELAMAT PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA?
Ya, vaksin ini selamat digunakan kerana ia telah berdaftar dan telah diluluskan oleh 
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 8 Jan 2021 untuk penggunaannya di 
Malaysia. Pihak Food and Drug Administration (FDA) telah membenarkan penggunaan 
Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sebagai langkah kecemasan untuk mencegah COVID-19 
dalam kalangan individu berumur 16 tahun dan ke atas di bawah Penggunaan Kecemasan 
Kebenaran (EUA). Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui bahawa vaksin 
COVID-19 Pfizer-BioNTech boleh digunakan bagi tujuan kecemasan pada 31 Disember 2020.
Ia juga telah diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan di USA, UK, negara-negara Eropah, 
Israel dan Singapura. Malah sebanyak 48 negara telah memperakui penggunaan vaksin ini

SIAPAKAH GOLONGAN BERISIKO TINGGI UNTUK MENDAPAT JANGKITAN COVID-19?
Golongan berisiko adalah:
• Kanak-kanak
• Warga emas berusia 65 tahun ke atas
• Pesakit dengan penyakit kronik
• Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah
• Wanita hamil

APAKAH KEPENTINGAN MENGAMBIL VAKSIN COVID 19?
Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin 
ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan 
seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. 
Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak 
menerima vaksinasi.

APAKAH JENIS VAKSIN YANG AKAN DIGUNAKAN DI MALAYSIA?
• Terdapat beberapa jenis yang akan digunakan di Malaysia iaitu:
• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka
• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac
• Vaksin Covid-19 recombinant viral vector keluaran Cansino
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Gamaleya

(buat masa ini hanya Pfizer yang telah digunakan dan vaksin  Sinovac akan tiba pada 27 Februari)

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin COVID-19 
Pfizer-BioNTech. Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang 
berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan 
masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan 
sebagainya. 

SIAPA YANG TIDAK LAYAK MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Anda tidak layak menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech sekiranya anda:
• mempunyai sejarah kemasukan ke hospital akibat dari alahan yang teruk;
• mengalami reaksi alahan yang teruk setelah menerima dos pertama vaksin 
jenama ini;
• mempunyai reaksi alahan yang teruk terhadap mana-mana vaksin yang pernah 
diterima sebelum ini;
• sedang hamil; atau
• sedang menyusukan bayi

APAKAH HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN COVID-19?
Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama 
Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum 
penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan 
oleh Kerajaan.

ADAKAH SAYA DIBERI PILIHAN UNTUK MEMILIH JENIS VAKSIN COVID-19?
Tidak. Penerima vaksin tidak dibenarkan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 yang akan 
diterima. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi.

APAKAH PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19?
Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu:
1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 
minit.
2. Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan 
rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas 
menerima vaksin COVID 19: 
• Kesukaran bernafas
• Pembengkakan muka, bibir dan tekak 
• Denyutan jantung yang sangat cepat
• Ruam teruk timbul di seluruh badan 
• Merasa pening dan lemah tubuh badan
3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti 
langkah pencegahan penyakit COVID-19.
4. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila 
anda mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan 
bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. 


ADAKAH SAYA AKAN DILINDUNGI SEPENUHNYA SELEPAS MENERIMA VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan 
bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan 
meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan 
dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan 
kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. Walaupun seseorang itu telah 
menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti 
mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined 
space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). Walau 
bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 
masih belum diketahui.

BOLEHKAH SAYA MENOLAK UNTUK MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 PFIZER-BIONTECH?
Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini 
adalah secara sukarela. Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai 
penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko 
keterukan penyakit apabila anda dijangkiti.

SEKIRANYA SAYA MENGALAMI KESAN SAMPINGAN SELEPAS SUNTIKAN?
Sekiranya anda mengalami kesan sampingan selain yang telah dinyatakan di atas, sila lapor 
ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan rawatan dengan segera. Terdapat kemungkinan 
kesan sampingan yang lain yang belum dilaporkan.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT BERKAITAN VAKSIN?
1. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila bertanya kepada 
petugas kesihatan berhampiran
2. Anda juga melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih 
tepat dan dipercayai seperti:
• WHO: www.who.int
• FDA : https://www.fda.gov/emergency-preparedness-and-
response/mcmlegal-regulatory-and-policy-framework/emergency-use-
authorization

kredit : Apps MySejahtera

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.