Seramai Lebih 1 Juta Telah Mendaftar Menerima Vaksin Covid-19





Seramai Lebih 1 Juta Telah Mendaftar Menerima Vaksin Covid-19. Setakat jam 3 petang tadi seramai 1,065,423 orang telah mendaftar sebagai penerima vaksin covid-19. Untuk fasa pertama vaksin akan diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan iaitu frontliner di Hospital-hospital seluruh Malaysia dan diikut dengan frontliner yang lain dan seterusnya mengikut kepada orang awam.

Seramai Lebih 1 Juta Telah Mendaftar Menerima Vaksin Covid-19



Sudahkah anda mendaftar untuk menerima vaksin ? Bagi mereka yang belum berbuat demikian korang boleh mendaftar secara mudah melalui Apps  MySejahtera.

Cara daftar vaksin COVID-19 mengunakan MySejahtera 2021.

Pendaftaran terima vaksin Covid-19 di MySejahtera bermula 24hb. Pengguna perlu mengemas kini aplikasi MySejahtera bagi meneruskan pendaftaran.

1. Klik pada Covid-19 Vaccination.

2. Pemohon diminta untuk mengesahkan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

3. Setelah disahkan, pemohon boleh terus mendaftar untuk vaksinasi dan dimaklumkan bahawa fasa satu yang bermula esok, 24 Februari hanya untuk barisan hadapan buat masa ini.

4. Untuk mendaftar, perlu menjawab empat soalan yang merangkumi minat untuk diberi vaksin, sejarah penyakit, sama ada pemohon terdaftar sebagai orang kurang upaya (OKU) dan alamat rumah sekarang.

Anda akan dimaklumkan kemudian bagi proses vaksin anda tarikh dan lokasi untuk menerima di aplikasi MySejahtera anda.



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.