Live Streaming Liga Super Unifi TV





Live Streaming Liga Super Unifi TV. Unifi MEMBAWAKAN PIALA SUMBANGSIH DAN LIGA SUPER 2021 KEPADA RAKYAT MALAYSIA MELALUI PERKONGSIAN BERSAMA MFL. Unifi hari ini mengumumkan bahawa ia akan terus menyatukan peminat bola sepak dan seluruh rakyat Malaysia dengan membawakan perlawanan Piala Sumbangsih dan Liga Super 2021 melalui unifi TV, aplikasi unifi PlayTV serta menerusi saluran YouTube unifi. 

Live Streaming Liga Super Unifi TV


Rakyat Malaysia dari seluruh negara akan kembali bergembira dengan kedatangan semula perlawanan bola sepak tempatan malah bersorak bagi menyokong kelab-kelab kegemaran mereka. Unifi melangkah kehadapan dengan menawarkan penyatuan lengkap bagi memenuhi gaya hidup digital peminat bola sepak. Menerusi kerjasama dengan Malaysian Football League (MFL), unifi kini menjadi satu-satunya yang menawarkan momen bola sepak secara langsung dalam kualiti definisi tinggi (HD) di kaca TV anda. 

Peminat bola sepak juga boleh menyaksikan perlawanan melalui aplikasi unifi PlayTV atau menerusi saluran YouTube unifi menerusi peranti mudah alih mereka di mana sahaja.

Bagi mereka yang ingin menonton secara langsung boleh  melayari youtube Unifi TV di laman sesawang : https://www.youtube.com/user/TMOfficialTube






Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.