Biodata Perdana Menteri Malaysia 9 Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob





Biodata Perdana Menteri Malaysia 9 Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan (9) setelah Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin meletakkan jawatan disebabkan tidak mendapat sokongan majoriti untuk kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8.

Biodata Perdana Menteri Malaysia 9 Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob

kredit gambar : thestringernews.com

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Temerloh, Pahang merupakan seorang ahli politik Malaysia yang menjadi ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional dan kini menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Beliau berkahwin dengan Datin Sri Muhaini Zainal Abidin pada 1986 dan dikurniakan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Anak beliau, Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 5 iaitu sebuah rancangan realiti berbentuk hiburan yang kini menjadi seorang penyanyi.[4] Anak sulungnya, Datin Nina Sabrina berkahwin dengan pereka fesyen, Dato' Jovian Mandagie.

Pendidikan
Ismail Sabri memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967. Kemudian, beliau meneruskan pendidikannya di Sekolah Menengah Air Putih[5], Kuantan pada 1973 dan Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang pada 1976. Beliau kemudiannya belajar tingkatan enam di Jaya Akademik seterusnya menyambung pelajaran di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada tahun 1980.

kredit gambar : BERNAMA


JAWATAN DALAM KERAJAAN:

2008-2009 : Menteri Belia dan Sukan
2009-2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan
2013-2015 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2015-2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
2020-2021 : Menteri Kanan (Keselamatan)

Timbalan Perdana Menteri
Perdana Menteri Malaysia Ke-9         

JAWATAN DALAM POLITIK:

1987 : Ahli Jawatankuasa UMNO Temerloh
1988 : Ketua Penerangan UMNO Temerloh
1993 : Ketua Pemuda UMNO Temerloh
2001 : Timbalan Ketuan Bahagian UMNO Temerloh
2004 : Ketua Bahagian UMNO Temerloh
2018 hingga kini : Naib Presiden UMNO  

WAKIL RAKYAT : 2004 hingga kini : Ahli Parlimen Bera & Ketua Bahagian UMNO Bera 


kredit : Bharian / Wikipedia


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.