Nasi Goreng Hailam Ayam









Nasi Goreng Hailam Ayam

Nasi Goreng Hailam Ayam – pernah tak dengar nama nasi goreng hailam ayam ? atau pernah tak anda makan nasi goreng hailam ayam ? mungkin ada tapi tak ramai yang pernah merasainya bukan ? pertama kali mendengarnya memang agak pelik tapi disebabkan rakan pejabat mengesorkan kataya sedap so aku terpedaya untuk mencubanya.

bila buka je tengok nampak menarik dan baunya harum semerbak sampai ke dalam perut tapi ada bawang pula nasib bawang halus so boleh telan je tak kesahlah.. bila dah makan ternyata lebih sedap dari nasi kukus ayam berempah yang aku makan sebelum ini..

walaupun masih gagap lagi nak order dan kadang2 tersilap order nasi ayam goreng hailam dan kadang2 nasi hailam ayam goreng nasib akak kedai tu faham apa yang aku nak kih kih kih… dah 2 hari overtime dan 2 hari inilah aku duk makan lunch nasi goreng hailam ayam.

sesiapa yang dekat dengan kampung baru atau hospital kuala lumpur boleh cuba singgah di medan selera berhampiran hospital kuala lumpur di gerai no 9. HANYA Semurah RM 5

Lai Lai Lai mari kita cuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.