Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir





Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir
Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir

Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir – Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu…” (Riwayat Muslim)

HUKUM SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
a.   Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan
oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap
malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan
atau berjemaah.
b.  Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat
sembahyang orang-orang Islam.

WAKTU SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Ditunaikan selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak dan
sunat ba’diah dua rakaat.

RAKAAT SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
i.    Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan
sembahyang sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada
juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
ii.    Pada zaman Rasulullah SAW sembahyang Tarawih dikerjakan
sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan
keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith
yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah
mengerjakan sebanyak 20 rakaat.

iii.   Pada zaman Khalifah Omar bin al-Khattab RA pula beliau
melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau
berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu
tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
iv.  Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua
rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya
dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

v.    Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih :

lafaz solat sunat tarawih

Untuk Selanjutnya Anda Boleh BACA ATAU DOWNLOAD CARA SOLAT SUNAT TARAWIH

Baca Sini : Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Sumber : JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Cara Solat Sunat Dhuha
Cara Solat Sunat Tahajjud
Cara Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Hajat
Cara Solat Sunat Awwabin
Cara Solat Sunat Jamak dan Qasar
Cara Solat Sunat Tasbih
Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir
Cara Solat Sunat Israq

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.