Cara Solat Sunat Taubat





Cara Solat Sunat Taubat. Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat.

Asas sembahyang ini ialah:
i. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
ii. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
iii. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

solat berjemaah
solat berjemaah

Cara Mengerjakannya

Cara Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Taubat

Maksudnya :
“Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan
1. Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
2. Pada rakaat yang kedua pula hendaklah baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.

Kemudian selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:

wirid dan istighfar
wirid dan istighfar

dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada
Allah SWT.

Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai-ramai seperti berikut :

Doa taubat

Doa taubat 2Doa taubat 3Cara Solat Sunat Taubat

Cara Solat Sunat Dhuha
Cara Solat Sunat Tahajjud
Cara Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Hajat
Cara Solat Sunat Awwabin
Cara Solat Sunat Jamak dan Qasar
Cara Solat Sunat Tasbih
Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir
Cara Solat Sunat Israq

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.