Cara Solat Sunat Dhuha





Cara Solat Sunat Dhuha. Tips Mudah dan Senang Panduan Cara Solat Sunat Dhuha yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik (28 minit selepas waktu syuruk) sehingga sebelum masuk waktu zohor anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi (waktu terbaik). Boleh dilakukan 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam).

Cara Solat Sunat Dhuha

Cara Solat Sunat Dhuha. Dari Abu Hurairah r.a katanya:Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.

Cara Solat Sunat Dhuha
Cara Solat Sunat Dhuha

Cara Mengerjakan Solat Sunat Dhuha

Dari Abu Dzar r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha

 

Cara Mengerjakan Solat Sunat Dhuha

Niat Solat Sunat Dhuha

“Sahaja saya menunaikan solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah SWT”

1). Berniat: “Sahaja saya menunaikan solat sunat Dhuha dua rakaat keranaAllah SWT”
2). Sama seperti solat sunat yang lain kecuali bacaan surah selepas al-Fatihah lebih baik membaca surah as-Syam pada rakaat pertama dan  surah ad-Dhuha pada rakaat kedua.
3). Doa solat sunat Dhuha.

Doa Solat Sunat Dhuha

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha
Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Ertinya : “Ya Allah, bahawasanya Dhuha itu Dhuha Engkau, dan kemegahan-kemegahan/keagungan Engkau dan keindahan itu keindahan Engkau dan kekuatan itu kekuatan Engkau dan kekuasaan Engkau, dan pemeliharaan itu pemeliharaan Engkau, ya Allah, keadaan rezeki ku di langit, maka turunkanlah ia, dan bila di dalam bumi maka keluarkanlah ia, dan bila lambat, percepatkanlah ia, dan apabila sulit, maka memudahkanlah dia, dan apabila haram maka sucikanlah ia, dan apabila jauh, dekatilah ia, dan apabila banyak, maka berkahkanlah ia bagiku atasnya dan sampaikanlah ia di mana saja aku berada, dan janganlah Engkau pindahkan aku ke tempatnya. Dan jadikanlah tanganku di atas untuk menjadi pemberi, dan janganlah jadikan ia di bawah untuk meminta, sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap sesuatu Maha Kuasa, atas Dhuha Engkau yang hak dengan kemegahan Engkau, serta keindahan Engkau, dengan kekuatan Engkau, segala kekuasaan Engkau, dan pemeliharaan Engkau, maka tidak ada daya upaya serta kekuatan, kecuali dengan pertolongan Engkau, Sampaikanlah padaku apa yang Engkau sampaikan kepada hamba-hamba Engkau yang soleh/taat serta baik-baik. Maka Allah berselawat/memuji pemimpin kami (Nabi) Muhammad dan para keluarganya serta para sahabatnya dalam kesejahteraan, dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”  (semoga diterima)

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Barang siapa yang dapat mengerjakan solat dhuha dengan terus-menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR. Tirmizi)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Solat Dhuha itu, mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran/kemiskinan, dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha, kecuali orang-orang yang bertaubat/mendekatkan diri kepada Allah.” (Al-Hadith)

Cara Solat Sunat Dhuha
Cara Solat Sunat Tahajjud
Cara Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Hajat
Cara Solat Sunat Awwabin
Cara Solat Sunat Jamak dan Qasar
Cara Solat Sunat Tasbih
Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir
Cara Solat Sunat Israq

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.