Lokasi Menarik The Shore Sky Tower Melaka





Lokasi Menarik The Shore Sky Tower Melaka. Lepas mandi dan solat asar di hotel kitaorang menuju ke lokasi kedua The Shore Sky Tower Melaka yang terletak di Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya Melaka 75100. Sky Tower ini bukan pilihan aku sebab gayat ketinggian tapi pilihan adik aku. Terpaksalah buat berani sikit..

Lokasi Menarik The Shore Sky Tower Melaka

The Shore Sky Tower Melaka
kredit : skytower.theshoremelaka.com

Ketinggian yang mencecah tingkat 43 di bandaraya Melaka membuatkan The Shore Sky Tower Melaka merupakan antara lokasi menarik yang wajib disinggah apabila tiba di Melaka. Apa yang menariknya di The Shore Sky Tower Melaka ini anda boleh melihat sekitar bandaraya melaka dari atas ini.

Bagi orang yang gayat seperti aku anda boleh cuba untuk naik keatas ini bagi mengatasi masalah gayat ketinggian korang. Mula-mula memang gayat tapi bila dah naik rasa macam menarik dan tak puas pula untuk bergambar.

sky tower melakaPermandangan bandaraya Melaka pada waktu petang. Disebabkan kejar masa kitaorang hanya singgah sebentar sahaja dan terus menuju ke destinasi seterusnya untuk cari makan asam pedas. Bagi yang ada kelapangan sekiranya korang datang waktu petang boleh tunggu diatas untuk melihat waktu senja dan malam bagi merakam gambar yang lebih menarik.

sky tower melakabila dah berani sikit sibuk nak selfie dan sempat juga buat live bagi rakan2 tengok konon-konon berani naik atas ni tengok view sekitar Melaka.

Harga Tiket :
Adult – RM25.00
Children – RM18.00

Lokasi : The Shore Sky Tower Melaka Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya Melaka 75100

Atas Sky Tower Melaka
kredit : skytower.theshoremelaka.com

Selepas mengisi perut makan asam pedas ikan pari (lokasi tak share sebab tak kick) kitaorang meneruskan perjalanan kitaorang ke River Cruise Melaka antara lokasi yang menjadi tarikan orang ke Melaka dan juga pilihan ayah aku. Nantikan..

Sedikit Video Sewaktu nak naik ke Sky Tower..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.