Dividen dan Bonus Tabung Haji 2019-2020





Dividen dan Bonus Tabung Haji 2019-2020. Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat pada kadar 3.05% bagi tahun kewangan berakhir 31 disember 2019. Ia melibatkan agihan berjumlah RM2.1 billion, iaitu RM1.2 bilion lebih tinggi berbanding RM0.9 bilion bagi tahun kewangan 2018.

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2019-2020

dividen tabung haji 2019-2020

Bagi tahun kewangan 2019, TH berjaya menjana pendapatan pelaburan berjumlah RM3.3 bilion, dimana sejumlah RM1.2 bilion telah diperolehi dalam suku keempat. Secara keseluruhan, pendapatan pelaburan yang dijana TH adalah lebih stabil dimana pelaburan aset pendapatan tetap menjana 58% pendapatan atau sebanyak RM1.9 bilion manakala pelaburan hartana, ekuiti dan instrumen pasaran wang islam masing-masing menyumbang RM0.5 bilion (15%), Rm0.5 bilion (15%) dan RM0.4 bilion (12%).

Dengan pengurusan kos yang berhemat, TH telah berjaya mencatatkan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2019 berjumlah RM1.9 bilion, iaitu peningkatan 19% atau RM0.3 bilion berbanding RM1.6 bilion bagi tahun kewangan lalu 2018.

PENGIRAAN AGIHAN KEUNTUNGAN

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2019 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2019 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.05% bagi tahun 2019. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.05% =(Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2019 / Bilangan Bulan) x 3.05%

Nota : Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Agihan Keuntungan TH 2019 bermula Isnin, 16 Mac 2020

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.