Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020





Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020. Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-10 di seluruh dunia. Daripaa jumlah ini seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.

Perintah Kawalan Pergerakan Mulai 18 Mac 2020

Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

untuk itu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 mac 2020, iaitu lusa sehingga 31 Mac 2020, diseluruh negara. Perintah kawalan ini dibuah dibawah akta pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi

Pasaraya, Kedai runcit, kedai sebarneka masih buka tak perlu panic buying. Elakkan daripada berjumpa orang ramai. Pilih waktu sesuai atau tidak ramai orang baru membeli. Pastikan menjaga kebersihan selalu termasuk elakkan daripada berpelukan dan bersalaman. Semoga kita semua dihindari daripada penyakit covid-19. Insyallah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.