Pencarum KWSP Dibenarkan Keluar RM500 Sebulan





Pencarum KWSP Dibenarkan Keluar RM500 Sebulan. Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini telah memutuskan beberapa inisiatif utama yang diharap dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh rakyat pada waktu sukar ini.

Pencarum KWSP Dibenarkan Keluar RM500 Sebulan

kwsp

Inisiatif yang diumum ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Antara Inisiatif yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi pada hari ini adalah :

1. Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020 yang dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP dengan kadar nilai RM40 billion. Turut sama pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020.

2. Peruntukan sebanyak RM500 juta kepada KKM bagi menyokong usaha menangani COVID19 bagi Pembelian peralatan perubatan.

3. Peruntukan sebanyak RM100 juta kepada KKM bagi melantik 2,000 kakitangan baru secara kontrak, terutamanya jururawat.

4. Peruntukan sebanyak RM130 juta kepada negeri-negeri bagi membantu kerajaan negeri menangani COVID19

5. Kerajaan bersetuju untuk memberikan lanjutan masa dari 3 bulan kepada 6 bulan bagi penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.