Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Lakonan Redza Rosli Dan Amelia Henderson





Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Lakonan Redza Rosli Dan Amelia Henderson. Full Episod. Drama Rindu Yang Terindah dibintangi oleh pelakon Redza Rosli Dan Amelia Henderson serta menampilkan Adam Lee, Tunku Affie Rania, Esma Daniel, Maria Farida, Wan Nur Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus, Wanna Ali, Shahz Jaszle dan Zaefrul Nordin. Drama ini mula ditayangkan pada 16 Mac 2020 setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Lakonan Redza Rosli Dan Amelia Henderson

redza rosli

Drama Rindu Yang Terindah merupakan arahan Emi Sufian hasil produksi OrangeTree Production Sdn Bhd. Drama ini menceritakan tentang perkahwinan tanpa rasa kasih dan sayang.

Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah. Hazil telah melayan isterinya Airis dengan perasaan benci sedangkan Airis berusaha mengambil hati suaminya. Semuanya bermula setelah pemergian tragis Haziq, tunang Airis yang telah meninggal dunia sebelum tarikh perkahwinan mereka.

Kehidupan Airis yang dahulu bahagia menjadi satu penyeksaan yang tak pernah diduga apabila tempat Hazieq sebagai teman hidup terpaksa digantikan oleh abangnya, Hazil. Adakah Airis dapat bertahan dalam perkahwinan tanpa cinta ini? Atau mungkinkah Hazil akan mula mencintai Airis meskipun dendam menyelubungi jiwa?

Kalau nak tahu bagaimana pengakhiran kisah cinta dan konflik yang berlaku antara Airis dan Hazil, jangan lupa saksikan Rindu Yang Terindah.

Tonton Online Drama Rindu Yang Terindah

Tonton Full Episod Drama Rindu Yang Terindah

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.