Penghuni PA/PPR DBKL Terima Sumbangan RM100





Penghuni PA/PPR DBKL Terima Sumbangan RM100. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui laman sesawang Facebook mengumumkan Inisiatif Walayah Cakna kepada penghuni PA/PPR DBKL sumbangan wang tunai RM100 bagi membantu penghuni mengharungi waktu covid-19 yang mencabar ini.

Penghuni PA/PPR DBKL Terima Sumbangan RM100

sumbangan rm100 dbkl

Penyaluran akan diberikan kepada penghuni yang mendiami Unit Sewa DBKL yang berdaar (PA/PPR, Kompleks Belia/Beliawanis, Rumah Panjang/Cluster dan Perumahan Bandar) untuk warganegara Malaysia. Sumbangan wang tunai bernilai RM100 bagi setiap unit rumah akan disalurkan melalui akaun bank masing-masing menggunakan kaedah autopay secara berperingkat.

Apa Yang Penghuni Perlu Lakukan ?

  1. layari laman sesawang : http://eperumahan.dbkl.gov.my dan membuat carian menggunakan No Kad Pengenalan.
  2. Setiap penghuni wajib mengunci maklumat yang tepat dan sah seperti berikut :
    a) Nombor Kad Pengenalan
    b) Nombor Akaun Bank
    c) Nama Bank
    d) Nombor Telefon
    e) Email
  3. Penghuni bo mengunci masuk maklumat seperti di Para 2 mulai 4 April 2020 sehingga 15 Mei 2020.
  4. Penghuni boleh menyemak status penyaluran sumbangan ke akaun masing-masing selepas 3-7 hari bekerja dari tarikh pengemaskinian.

Kesilapan memberikan maklumat atau maklumat yang tidak sah akan menyebabkan penyaluran sumbangan lewat atau tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan/aduan boleh hubungi : jpkkbcovid19@gmail.com


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.