Sinopsis Drama Bicara Cinta Adi Putra dan Emma Maembong





Full Episod Sinopsis Drama Bicara Cinta Adi Putra dan Emma Maembong. Drama terbaru slot Samarinda Drama Bicara Cinta mula ditayangkan bermula 21 September 2020 jam 10 malam setiap isnin sehingga khamis di TV3 yang dilakonkan oleh pelakon Adi Putra, Emma Maembong, Azrel Ismail, Balkisyh Semundur Khan, Syed Aiman, Khaty Azian, Beego, Khalida Balqis, Eizlan Yusof

Sinopsis Drama Bicara Cinta Adi Putra dan Emma Maembong

adi putra

Sinopsis Drama Bicara Cinta. Anis Sofea, gadis metropolitan berwajah Pan-Asia terpaksa mengharungi liku-liku kehidupan yang amat getir dan asing jauh dari hiruk pikuk dunia moden.

“Entah Mat Salleh mana yang buntingkan emak kau! Anak aku pulak kena jadi pak sanggup!”
“Nenda!!!
“Heh! Jangan panggil aku nenda! Aku bukan nenek kau!” Puan Sri Mahzan semakin berang bila Anis mula meninggi suara.

Selepas kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya, Anis disisihkan. Dengan hati yang luka dia membawa diri menjejaki asal usul ibunya di Bumi Kenyalang.

“Kamek tok teringin nak bermenantukan kitak. Nilah satu-satunya cara impian kamek tok jadi nyata. Kamek merayu pada kitak, Adee.” (“Aku tu teringin nak bermenantukan kau. Inilah satu-satunya cara impian aku menjadi nyata. Aku merayu pada kau Adee.”) Tok Ali menangis sambil memeluk lengan Adee. Adee terpempan.

Antara rela dengan tidak Anis dijodohkan dengan Adee yang mempunyai sejarah silam dengan keluarganya
Mampukah mereka membina istana bahagia tanpa cinta?
Namun saat cinta mula berbicara, bencana datang melanda.

“Si Zairee tu kacau kamu lagi ke?” tanya Nenek Humairah.
Anis dalam dilema.
“Oh… mak pun tahu. Hmmm kenapa dia orang ni sorokkan dari aku.” Hati Adee mula curiga.

Mampukah Anis mempertahankan cintanya? Cinta yang mana? Adee atau Zairee? Bicara cinta. Siapakah di hatinya.

JUDUL : BICARA CINTA
EPISOD : 16 episod

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 |Episod 7 |Episod 8 |Episod 9 |Episod 10 |Episod 11 |Episod 12 |Episod 13 |Episod 14 |Episod 15 |Episod 16

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.