Cara Solat Sunat Hajat





solat
berdoa

Cara Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat yang dilakukan kerana mempunyai hajat yang hendak dipohon agar Allah memperkenankannya. Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat dengan tiap-tiap dua rakaat satu salam.

Cara Solat Sunat Hajat

Niat Solat Sunat Hajat
” Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala”.

Dalam rakaat pertama, selepas membaca Al-Fatihah bacalah Surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua pula baca Surah al-Ikhlas. Perbuatan/pergerakan solat ini adalah sama seperti solat sunat yang lain.

Selepas solat, beristighfarlah kepada Allah sebanyak yang boleh.

Sesudah itu bacalah doa ;

Doa Selepas Solat Sunat Hajat
Doa Selepas Solat Sunat Hajat

Ertinya : ” Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mulia. Maha Suci Tuhan Arash yang besar. Segala bagi Allah, Tuhan sekalian alam, aku meminta dariMu apa yang mewajibkan rahmatMu, ketentuan keampunanMu dan bahagian dari setiap kebajikan dan keselamatan dari setiap dosa, janganlah tinggalkan satu dosa padaku melainkan Engkau mengampunkannya, tidak juga kesedihan melainkan Engkau melegakannya, juga hajat melainkan Engkau memenuhinya, wahai yang Maha Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihani.”

Kemudian mintalah sebarang hajat yang berbentuk kebaikan.

Cara Solat Sunat Dhuha
Cara Solat Sunat Tahajjud
Cara Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Hajat
Cara Solat Sunat Awwabin
Cara Solat Sunat Jamak dan Qasar
Cara Solat Sunat Tasbih
Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir
Cara Solat Sunat Israq

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.