Cara Solat Sunat Israq





solat berjemaah
solat berjemaah

Cara Menunaikan Solat Sunat Israq

Selepas solat subuh tidak ada lagi solat sunat yang dibolehkan, kecuali dengan bersebab seperti kerana mengqadhakan solat atau solat jenazah dan sebagainya. Setelah terbih matahari kira-kira segalah tingginya (anggaran mata), maka disunatkan seseorang itu solat sunat Israq 2 rakaat.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Israq

Lafaz solat sunat israq :
“Sahaja aku solat sunat Israq 2 rakaat kerana Allah Taala.”

Solat ini adalah sama dengan solat-solat yang lain dari segi rukun dan syarat-syaratnya. Adakah perlu dibaca mana-mana surah selepas Al-Fatihah ? Ya, sunat dibacakan selepas surah Al-Fatihah pada rakaat pertamanya surah Al-Kafirun dan kedua surah Al-Ikhlas.

Doa Selepas Solat Sunat Israq

Doa Selepas Solat Sunat Israq
Doa Selepas Solat Sunat Israq

Ertinya : “Puji-pujian semuanya kembali kepada Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempat terbitnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayatMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi ini dengan matahariMu terus-menerus dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.”

Cara Solat Sunat Dhuha
Cara Solat Sunat Tahajjud
Cara Solat Sunat Taubat
Cara Solat Sunat Hajat
Cara Solat Sunat Awwabin
Cara Solat Sunat Jamak dan Qasar
Cara Solat Sunat Tasbih
Cara Solat Sunat Tarawih dan Witir
Cara Solat Sunat Israq

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.